Movie Review | Shark the Beginning 2021

By fazlinharun - February 15, 2022

 Tajuk Filem : Shark the Beginning (2021)


Hangul: 샤크 : 비기닝
Pengarah: Chae Yeo-Jun
Penulis: Woon (webcomic, Kim Woo-Seob (webcomic)
Penerbit: Lee Jae-Ha
Release Date: 17 June 2021


Assalamualaikum semua,

Actually dah lama tulis review untuk movie ni, tapi harini baru sempat nak post…hehehe.Hari ni Lin nak review satu movie baru dari Korea yang dilakonkan oleh Kim Min Seok sebagai Cha Woo Sol, Wi Ha Joon sebagai Jung Do-Hyun dan Jung Won Chang sebagai Bae Seok Chan. Dalam filem ni semua main character lelaki, tiada heroinnya tau.

Ceritanya bermula setelah Seok Chan dipindahkan ke sekolah Woo Sol. Dekat sekolah lama Woo Sol ni memang selalu jadi mangsa buli Seok Chan sampaikan dia jadi trauma dan hampir bunuh diri. Jadi, bila Seok Chan ni pindah ke sekolah dia, perasaan trauma dan takut kembali terhadap Seok Chan. Si Seok Chan adalah seorang petinju, memang syok la dia buli orang.

Okay, hari kejadian Seok Chan masuk sekolah terus dia buli kawan-kawan sekelas. Dia nak semua orang ni takut dekat dia. Sampai la turn Woo Sol, dia disepak, ditumbuk, dan dipukul di dalam kelas. Sampaikan kawan perempuan Woo Sol pon turut sama ditampar kerana cuba menghentikan Seok Chan. Disebabkan Woo Sol tak sanggup dan tak tahan lagi terus dibuli, dia mencapai sebatang pen. Dia langsung tidak berniat untuk mencederakan sesiapa namun, si Seok Chan terus provoke Woo Sol untuk tikam dia. Woo Sol dengan geramnya terus menikam mata kanan Seok Chan.


Kes ini kemudian dibicarakan di mahkamah. Walaupon Woo Sol tidak berniat dan hanya bertindak untuk membela diri, namun dia tetap dijatuhkan hukuman tiga tahun penjara. Hari pertama Woo Sol masuk penjara, dia dah buat satu kesilapan besar. Dia tak sengaja tersepak seorang tahanan sewaktu bermain bola walaupun sudah diingatkan supaya tidak mencari masalah dengan tahanan tersebut. Kemudian, dia diseret ke tempat lain.

 Waktu ni, tahanan yang paling ditakuti ialah Jung Do-hyun. Do-hyun dipenjarakan kerana telah membunuh tiga orang perompak. Para perompak ni masuk ke rumah Do-hyun sewaktu dia tiada. Pada malam kejadian, Do-Hyun dalam perjalanan pulang setelah memenangi piala MMA. Waktu sampai rumah, adik perempuan dan ibunya dalam keadaan berlumuran darah. Perompak-perompak tersebut juga cuba menyerang Do-Hyun namun mereka yang ditewaskan.

Masa Woo Sol cuba diseret ke tempat lain, mereka terserempak dengan Do-Hyun. Woo Sol berlari sepantas mungkin untuk meminta pertolongan dari Do-Hyun. Untuk beberapa hari dia selamat dari samseng-samseng penjara. Woo Sol kemudian didatangi Seok Chan, dia mengugut akan membunuh Woo Sol saat dia keluar dari penjara nanti. Oleh itu, Woo Sol meminta bantuan Do-Hyun untuk mengajarnya agar dia dapat membela diri. Setelah beberapa hari Do-Hyun setuju setelah melihat kesungguhan Woo Sol. Setiap hari siang dan malam mereka akan berlatih. Dari lembik dan lemah, Woo Sol bangkit menjadi lebih kuat berkat bantuan Do-Hyun.

Samseng-samseng penjara terus mengincar Woo Sol untuk bertumbuk. Dia berjaya mengalahkan salah seorang samseng tersebut walaupun dia turut teruk dibelasah. Saat ini, Seok Chan dah join kumpulan gangster dan menunggu masa untuk membalas dendam terhadap Woo Sol. Do-Hyun akhirnya dipindahkan ke penjara lain namun Woo Sol tetap berlatih seperti biasa. Untuk kali terakhir, dia ditawarkan oleh samseng penjara untuk bertumbuk dan sekiranya menang permintaannya akan ditunaikan. Dia meminta agar tidak akan berlaku lagi kes buli atau tumbuk di penjara. Permintaannya ditunaikan setelah dia menang.


Sampai waktu Woo Sol dibebaskan. Seok Chan dari awal sudah menunggu di luar penjara. Mereka akhirnya bersemuka dan masing-masing melepaskan dendam. Sampai lunyai Woo Sol dibelasah. Korang yang belum tengok lagi kena tengok tau. Happy watching guyss...


  • Share:

You Might Also Like

1 comments