Drama Review | Happiness 2021

By fazlinharun - December 12, 2021

 

Tajuk Drama : Happiness


Hangul: 해피니스
Pengarah: Ahn Gil-Ho
Penulis: Han Sang-Woon
Episode: 12
Release Date: November 5 - December 11, 2021
Genre: Thriller

Assalamualaikum semua...

Harini Lin nak review satu drama korea yang baru je tamat semalam. Drama ini dibintangi pelakon cantik Han Hyo Joo sebagai Yoon Sae-bom dan Park Hyung Sik dari idol group ZE:A sebagai Jung Yi-hyun berjudul “HAPPINESS”. Drama ini mengandungi 12 episod yang ditayangkan di tvN dimana setiap episod berdurasi selama lebih kurang satu jam. Korang yang belum tengok wajib tau tonton drama ni.

Sae-bom dan Yi-hyun ni kenal daripada zaman sekolah lagi dan akhirnya masing-masing menceburi kerjaya yang sama setelah dewasa dimana Sae-bom adalah seorang special agent dan Yi-hyun adalah seorang detektif. Kisahnya bermula apabila salah seorang trainee dari pasukan Sae-bom, Jong-tae tiba-tiba menyerang dan menggigit rakan sepasukannya. Waktu ni Sae-bom cuba menghentikan Jong-tae namun dia turut dicakar dibahagian tangannya.Yi-hyun juga turut menyiasat kes yang sama berlaku.

Kemudian Sae-bom dibawa ke sebuah pusat fasiliti rahsia yang diketuai oleh Leftenan Kolonel Han Tae-seok (Jo Woo Jin). Kat sini Sae-bom diuji sampel darahnya dan diminta untuk self-quarantined kat rumah. Yang peliknya hasil ujian menunjukkan dia negatif dan tiada sebarang simptom. Ha kat sini Sae-bom buat perjanjian dengan Yi-hyun untuk berkahwin atas alasan nak tambah mata merit untuk dapatkan satu unit apartment yang baru dibangunkan. Tapi Yi-hyun ni memang dah lama suka Sae-bom so dia on jela. So mereka pindah ke apartment baru yang dinamakan  Hutan Seyang Le Ciel.

Kat apartment ni la bermula segala-galanya. Para penghuni diuji selepas seluruh kawasan apartment dikuarantin. Dekat sini boleh nampak pelbagai latar belakang penghuni. Jumlah penghuni yang terinfeksi meningkat dan mereka menunjukkan gejala seperti kehausan dan mula menginginkan darah. Seram jugak tengok sebab macam zombie. Setelah disiasat penyakit ini bermula dari pil yang dinamakan ‘Next’. Pil ini berasal semasa pandemik Covid-19 yang dikembangkan namun tidak dapat diteruskan kerana kesan sampingan seperti halusinasi. Jadi, orang-orang yang dan ambil pil ini akan berubah menjadi seperti zombie dan kehausan.

Bukan itu sahaja, sesiapa sahaja yang digigit atau dicakar akan terinfeksi. Tapi disebabkan hasil ujian Sae-bom negatif, dia sangat diperlukan oleh Leftenan Han Tae-seok untuk mengembangkan vaksin sebab dikatakan dia memiliki antibodi yang kuat. Macam-macam yang terjadi sepanjang mereka dikuarantin termasuklah bekalan  air dan elektrik dipotong. Haa macam mana menarik kan drama ni? Kalau korang nak tahu lebih lanjut macam mana cara penghuni Hutan Seyang Le Ciel berjuang untuk teruskan hidup dan macam mana Yi-hyun dan Sae-bom berjuang untuk melindungi penghuni apartment ni korang cepat-cepat pergi tengok tau.

Overall, Lin sangat suka drama ni sebab bila dah terdesak lah masing-masing menunjukkan sifat atau perangai yang sebenar demi untuk hidup. Banyak pengajaran yang kita boleh ambil dari drama ni tau. Sorry kalau panjang sangat harap korang sudi baca...

  • Share:

You Might Also Like

2 comments