ABOUT ME

By fazlinharun - December 10, 2021

Assalamualaikum...

Hai semua and welcome to my blog. Actually dah banyak kali cuba untuk ber’blog’ ni tapi tak kesampaian dek kesibukan masa zaman belajar dulu. Sedikit mengenai Lin, nama diberi Nik Nurfazlin dan merupakan anak yang ketiga daripada enam orang adik-beradik. Lin dilahirkan pada tahun 1996 dan dibesarkan di bumi Kelantan. Lin ni anak jati Kelantan tau. Lepas SPM pun Lin dapat sambung belajar di Kolej Matrikulasi Kelantan. Haa memang tak nak keluar dari ‘Klate’ ni’.

Lepas dah habis Program Satu Tahun (PST) di matrikulasi Kelantan, Lin dapat sambung degree di UiTM Kampus Jengka, Pahang. Barulah dapat merasa keluar dari Kelantan. Haha, tapi still jugak dalam pantai timur. Alhamdulillah setelah tiga tahun, Lin graduate with first class Bachelor Degree in Science (Hons.) Furniture Technology.

Sedar tak sedar dah hampir tiga tahun meninggalkan zaman universiti dan dah masuk alam pekerjaan pun. Rasanya mungkin dah cukup sedikit pengenalan mengenai Lin. Harap ada la yang sudi baca blog Lin yang tak seberapa ni nanti ye. Uhukk…Wait for my next writing ya…

  • Share:

You Might Also Like

0 comments