Tajuk Drama : Happiness
Assalamualaikum semua...
Harini Lin
nak review satu drama korea yang baru je tamat semalam. Drama ini dibintangi pelakon
cantik Han Hyo Joo sebagai Yoon Sae-bom dan Park Hyung Sik dari idol group ZE:A
sebagai Jung Yi-hyun berjudul “HAPPINESS”. Drama ini mengandungi 12 episod yang
ditayangkan di tvN dimana setiap episod berdurasi selama lebih kurang satu jam.
Korang yang belum tengok wajib tau tonton drama ni.
Sae-bom dan
Yi-hyun ni kenal daripada zaman sekolah lagi dan akhirnya masing-masing
menceburi kerjaya yang sama setelah dewasa dimana Sae-bom adalah seorang special
agent dan Yi-hyun adalah seorang detektif. Kisahnya bermula apabila salah seorang
trainee dari pasukan Sae-bom, Jong-tae tiba-tiba menyerang dan menggigit rakan
sepasukannya. Waktu ni Sae-bom cuba menghentikan Jong-tae namun dia turut
dicakar dibahagian tangannya.Yi-hyun juga turut menyiasat kes yang sama berlaku.
Kemudian Sae-bom dibawa ke sebuah pusat fasiliti rahsia yang diketuai oleh Leftenan Kolonel Han Tae-seok (Jo Woo Jin). Kat sini Sae-bom diuji sampel darahnya dan diminta untuk self-quarantined kat rumah. Yang peliknya hasil ujian menunjukkan dia negatif dan tiada sebarang simptom. Ha kat sini Sae-bom buat perjanjian dengan Yi-hyun untuk berkahwin atas alasan nak tambah mata merit untuk dapatkan satu unit apartment yang baru dibangunkan. Tapi Yi-hyun ni memang dah lama suka Sae-bom so dia on jela. So mereka pindah ke apartment baru yang dinamakan Hutan Seyang Le Ciel.
Kat apartment
ni la bermula segala-galanya. Para penghuni diuji selepas seluruh kawasan apartment
dikuarantin. Dekat sini boleh nampak pelbagai latar belakang penghuni. Jumlah penghuni
yang terinfeksi meningkat dan mereka menunjukkan gejala seperti kehausan dan
mula menginginkan darah. Seram jugak tengok sebab macam zombie. Setelah disiasat
penyakit ini bermula dari pil yang dinamakan ‘Next’. Pil ini berasal semasa pandemik
Covid-19 yang dikembangkan namun tidak dapat diteruskan kerana kesan sampingan
seperti halusinasi. Jadi, orang-orang yang dan ambil pil ini akan berubah
menjadi seperti zombie dan kehausan.
Bukan itu
sahaja, sesiapa sahaja yang digigit atau dicakar akan
terinfeksi. Tapi disebabkan hasil ujian Sae-bom negatif, dia sangat diperlukan
oleh Leftenan Han Tae-seok untuk mengembangkan vaksin sebab dikatakan dia
memiliki antibodi yang kuat. Macam-macam yang terjadi sepanjang mereka dikuarantin termasuklah bekalan air dan elektrik dipotong. Haa macam mana menarik kan drama ni? Kalau korang
nak tahu lebih lanjut macam mana cara penghuni Hutan Seyang Le Ciel berjuang untuk teruskan
hidup dan macam mana Yi-hyun dan Sae-bom berjuang untuk melindungi penghuni apartment
ni korang cepat-cepat pergi tengok tau.
Overall,
Lin sangat suka drama ni sebab bila dah terdesak lah masing-masing menunjukkan sifat atau perangai yang sebenar demi untuk hidup. Banyak pengajaran yang kita boleh ambil dari drama ni tau. Sorry kalau panjang sangat harap korang sudi baca...