Tajuk Filem : Shark the Beginning (2021)
Assalamualaikum
semua,
Actually dah lama tulis review untuk movie ni, tapi harini baru sempat nak post…hehehe.Hari ni Lin nak review satu movie baru dari Korea yang dilakonkan oleh Kim Min Seok sebagai Cha Woo Sol, Wi Ha Joon sebagai Jung Do-Hyun dan Jung Won Chang sebagai Bae Seok Chan. Dalam filem ni semua main character lelaki, tiada heroinnya tau.
Ceritanya
bermula setelah Seok Chan dipindahkan ke sekolah Woo Sol. Dekat sekolah lama
Woo Sol ni memang selalu jadi mangsa buli Seok Chan sampaikan dia jadi trauma
dan hampir bunuh diri. Jadi, bila Seok Chan ni pindah ke sekolah dia, perasaan
trauma dan takut kembali terhadap Seok Chan. Si Seok Chan adalah seorang
petinju, memang syok la dia buli orang.
Okay, hari
kejadian Seok Chan masuk sekolah terus dia buli kawan-kawan sekelas. Dia nak
semua orang ni takut dekat dia. Sampai la turn Woo Sol, dia disepak, ditumbuk,
dan dipukul di dalam kelas. Sampaikan kawan perempuan Woo Sol pon turut sama
ditampar kerana cuba menghentikan Seok Chan. Disebabkan Woo Sol tak sanggup dan
tak tahan lagi terus dibuli, dia mencapai sebatang pen. Dia langsung tidak
berniat untuk mencederakan sesiapa namun, si Seok Chan terus provoke Woo Sol
untuk tikam dia. Woo Sol dengan geramnya terus menikam mata kanan Seok Chan.
Kes ini
kemudian dibicarakan di mahkamah. Walaupon Woo Sol tidak berniat dan hanya
bertindak untuk membela diri, namun dia tetap dijatuhkan hukuman tiga tahun
penjara. Hari pertama Woo Sol masuk penjara, dia dah buat satu kesilapan besar.
Dia tak sengaja tersepak seorang tahanan sewaktu bermain bola walaupun sudah
diingatkan supaya tidak mencari masalah dengan tahanan tersebut. Kemudian, dia
diseret ke tempat lain.
Waktu ni, tahanan yang paling ditakuti ialah
Jung Do-hyun. Do-hyun dipenjarakan kerana telah membunuh tiga orang perompak.
Para perompak ni masuk ke rumah Do-hyun sewaktu dia tiada. Pada malam kejadian,
Do-Hyun dalam perjalanan pulang setelah memenangi piala MMA. Waktu sampai
rumah, adik perempuan dan ibunya dalam keadaan berlumuran darah.
Perompak-perompak tersebut juga cuba menyerang Do-Hyun namun mereka yang ditewaskan.
Masa Woo
Sol cuba diseret ke tempat lain, mereka terserempak dengan Do-Hyun. Woo Sol
berlari sepantas mungkin untuk meminta pertolongan dari Do-Hyun. Untuk beberapa
hari dia selamat dari samseng-samseng penjara. Woo Sol kemudian didatangi Seok
Chan, dia mengugut akan membunuh Woo Sol saat dia keluar dari penjara nanti.
Oleh itu, Woo Sol meminta bantuan Do-Hyun untuk mengajarnya agar dia dapat
membela diri. Setelah beberapa hari Do-Hyun setuju setelah melihat kesungguhan
Woo Sol. Setiap hari siang dan malam mereka akan berlatih. Dari lembik dan
lemah, Woo Sol bangkit menjadi lebih kuat berkat bantuan Do-Hyun.
Samseng-samseng
penjara terus mengincar Woo Sol untuk bertumbuk. Dia berjaya mengalahkan salah
seorang samseng tersebut walaupun dia turut teruk dibelasah. Saat ini, Seok
Chan dah join kumpulan gangster dan menunggu masa untuk membalas dendam
terhadap Woo Sol. Do-Hyun akhirnya dipindahkan ke penjara lain namun Woo Sol
tetap berlatih seperti biasa. Untuk kali terakhir, dia ditawarkan oleh samseng
penjara untuk bertumbuk dan sekiranya menang permintaannya akan ditunaikan. Dia
meminta agar tidak akan berlaku lagi kes buli atau tumbuk di penjara. Permintaannya
ditunaikan setelah dia menang.